Kelas Terkini : Mac 2012

Februari 29, 2012 Tinggalkan komen

AsSalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Bagi yang ingin terus mengikuti pengajian bahasa arab bersama Ustaz Rusdi, boleh bersama beliau di dalam kelas yang terbaru akan dibuka tidak lama lagi. Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai kelas tersebut:-

Kelas Komunikasi ‘Hayya bil ‘Arobiah’

Setiap hari Rabu (mulai 7 Mac)

11.30 a.m. – 1.00 p.m.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor), Shah Alam

Kelas baru KIBAR! : Januari 2012

Januari 8, 2012 2 comments

KIBAR kini membuka kelas lanjutan Harfiyyah di lokasi-lokasi berikut:

1) Dewan Kuliah Masjid  Putrajaya

(isnin slps maghrib)

2) Dewan Kuliah Masjid Ubudiyyah,

Seksyen 19, Shah Alam

(isnin, 11.15 – 1.15 t.hari)

3) Dewan Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8, Shah Alam 

(jumaat 8.30- 10.30pagi)

Categories: Uncategorized

Kaedah Hud Hud

Disember 3, 2011 2 comments

Insaf melihat anak-anak Melayu yang belajar Bahasa Arab dari tingkatan satu hingga tingkatan lima tetapi tidak dapat memahami Bahasa Arab. Insaf melihat pelajar-pelajar yang ingin ke timur tengah tetapi tidak memiliki asas Bahasa Arab yang kuat. Insaf melihat beribu-ribu pelajar Melayu di Al Azhar yang gagal di dalam peperiksaan meraka. Insaf melihat pelajar-pelajar jurusan agama di universiti tempatan bahkan dari universiti timur tengah yang tidak mampu merujuk kitab Arab.

Saya mengimbas kembali bagaimana ketika di tahun satu Universiti Al Azhar,saya dibimbing oleh guru dan murabbi saya Ustaz Faisol Md Isa untuk mempraktikkan nahu dan sorof di dalam kitab ‘Sirah Nabawiyyah’ oleh Maulana Hasan Ali An Nadawy. Kemudian saya berguru mempraktikkan nahu dan sorof dengan ustaz Sulaiman Ibrahim di dalam membaca tafsir Ibn Kathir. Selepas itu saya dibawa bertemu dengan syeikh Ibrahim bin Utwah bin Iwadh untuk bertalaqqi Al Quran dan membaca kitab. Kemudian saya sempat membaca sebahagian kitab-kitab Nailul Autor dan Nuzhatun Nozor dengan guru dan murabbi saya Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Insaf melihat anak-anak Melayu yang belajar Bahasa Arab dari tingkatan satu hingga tingkatan lima tetapi tidak dapat memahami Bahasa Arab. Insaf melihat pelajar-pelajar yang ingin ke timur tengah tetapi tidak memiliki asas Bahasa Arab yang kuat.

Pengalaman bersama mereka ini merupakan aset penting untuk saya menguasai Bahasa Arab (ini adalah kurnia dari Allah). Dengan pengalaman ini saya cuba mempraktikkannya kepada anak-anak murid saya. Alhamdulillah, walaupun anak-anak murid saya bukan dari mereka yang berpendidikan Arab  atau syariah tetapi akhirnya mereka sudah mula mampu mempraktikkan ilmu nahu dan sorof dari (kitab yang berbaris) seperti buku cerita kanak-kanak di dalam Bahasa Arab sehingga (kitab yang tidak berbaris) seperti kitab tafsir Al Wajiz karangan Syeikh Wahbah Az Zuhaili dan kitab Sirah Nabawiyyah karangan Syeikh Ali Hasan An Nadawiy. Mereka sudah mampu memahami dan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu dengan baik.

Berdasarkan pengalaman saya dengan guru saya dan anak-anak murid, saya menyusun modul ‘Hud Hud’ ini untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan orang Melayu di dalam Bahasa Arab. Insya Allah dengan mengikuti kursus dan menekuni modul ini anda akan mampu membaca dan memahami teks-teks Arab dengan betul.

Mudah mudahan dengan usaha yang kerdil ini akan membantu orang-orang Melayu untuk memahami Al Quran dan merujuk pengetahuan agama kepada sumbernya yang asli. Allahumma Aamiin….

KIBAR [KAEDAH HUD-HUD ]



 

a) Objektif kursus intensif Bahasa Arab kaedah Hud-Hud.

 

1.     Boleh membariskan kitab arab dengan betul mengikut kaedah ilmu nahu dan sorof.

 

2.     Mahir merujuk kamus arab.

 

3.     Dapat memahami dan menterjemahkan teks-teks dari kitab Arab

 

b) Untuk siapa?

 

  • Pelajar yang ingin mengambil STAM
  • Pelajar yang ingin belajar di Timur Tengah
  • Pelajar yang ingin berguru di pondok-pondok, pesantren atau ingin bertalaqqi kitab.
  • Mahasiswa yang perlu merujuk kitab arab.

 

c) Keistimewaan Kursus 

 

Ø    Merujuk terus kepada kitab arab, membariskn kitab dengan betul, memahami dan menterjemahkannya.

 

Ø    Menggunakan nota-nota ringkas yang telah dipermudahkan di dalam Bahasa Melayu.

 

Ø    Diperkuatkan dengan kaedah “SIFIR”  dan formula-formula yang memudahkan pemahaman.

 

Ø    Menguji penguasaan dengan memahami teks-teks Arab dari kitab-kitab Arab.

 

Ø    Diajar oleh Ustaz Rusdi sendiri, dengan penjelasan yang mudah, Insya Allah.

 

 

 

 d) Pendekatan kursus

 

Ø    Pendekatan dua hala, menyeronokkan, bersoal jawab dan berhujah.

 

Ø    Pengulangan pada tajuk-tajuk yang lambat difahami.

 

Ø    20% teori dan 80% praktik dari kitab.

 

Ø    Menggunakan 90% Bahasa Melayu dalam pelajaran dan istilah-istilah yang digunakan.

 

Ø    Latih tubi untuk memantapkan penguasaan.


Categories: Uncategorized

KIBAR ISMA Sudah Bermula!

November 26, 2011 Tinggalkan komen

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah,

Kelas Intensif Bahasa Arab (KIBAR) yang dianjurkan oleh  Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Shah Alam telah memulakan kelas pertama dengan kehadiran memberangsangkan hampir 100 orang pelajar yang begitu bersemangat mendalami ilmu Bahasa Arab dan Al- Quran. Di kelas yang pertama itu, Ustaz Rusdi telah memperkenalkan tentang harof-harof yang terdapat di dalam Al-Quran serta contoh-contoh penggunaannya.

Untuk makluman para pembaca kelas ini akan terus diadakan setiap Ahad, jam 8.30 malam di :
Pusat Komuniti ISMA Seksyen 7,

No 23. Blok E, Tingkat 2, Jalan AM7/AM,

Seksyen 7 Shah Alam

Berikut adalah sedikit gambar-gambar yang dari kelas yang pertama, jumpa di kelas yang kedua!

Ustaz Rusydi dengan gaya penyampaian yang bersungguh

Wajah-wajah para peserta yang hadir di kelas pertama

Categories: Uncategorized

Jadual Terkini dan Kelas-Kelas Akan Datang

November 10, 2011 1 komen

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh,

Pihak admin telah mengemaskini jadual kelas-kelas semasa kendalian Ustaz Rusdi Alias.

Ini bolehlah disemak di sini

Kami juga ingin mewar-warkan kelas-kelas bahasa Arab Intensif yang akan dibuka.

Jemputlah menjenguk di sini dan pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan beliau di blog ini!

Sebarang pertanyaan, boleh ditinggalkan di ruangan komen. Pastikan anda meninggalkan email untuk kami hubungi kemudian!

Syukran.

Categories: Uncategorized

Terkini: KIBAR di Shah Alam!

November 9, 2011 Tinggalkan komen

Categories: Uncategorized

Kelas Bahasa Arab

November 4, 2011 Tinggalkan komen

ISMA menganjurkan Kursus Bahasa Arab bagi ahli-ahli yang belum mempunyai kemahiran membaca dan bertutur dalam Bahasa Arab. Dengan matlamat untuk memberi kemahiran kepada para ahli membaca dan memahami tulisan-tulisan dalam Bahasa Arab, kursus ini baru dimulakan dengan kumpulan pertama yang terdiri daripada 30 orang ahli dari Hulu Langat, Shah Alam, Gombak dan Seremban. Tenaga pembimbing ialah Ustaz Rusydi Alias, Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia ISMA Pusat sendiri yang berpengalaman menjalankan modul pengajian Bahasa Arab lebih 5 tahun.

ISMA benar-benar berharap dapat melahirkan golongan professional yang mampu membaca dan merujuk bahan-bahan dalam bahasa Arab yang merupakan sumber utama ilmu Islam bagi memantapkan lagi tarbiyah dan keefektifan dakwah..

Menurut Saudara Mohd Noor Azib, koordinator kursus ini, objektif utama kursus ialah untuk melahirkan golongan pelapis pimpinan ISMA yang bukan sahaja berkebolehan dalam bidang profesional masing-masing tetapi mampu mendalami ilmu-ilmu agama dengan penguasaan baik Al-Quran dan mampu merujuk bahan-bahan tarbiyah dalam Bahasa Arab.

Memandangkan ISMA mengambil sikap serius dalam aspek pentarbiyahan para ahli, mereka yang mendaftar diri dalam kursus ini dikehendaki memberi komitmen 100% dan dikehendaki menghadiri kesemua kelas selama 6 bulan. Di akhir kursus, para peserta akan dianugerahkan sijil kemahiran asas Bahasa Arab bagi yang berjaya lulus semua latihan dan ujian.

Menurut salah seorang peserta, Saudara Zuraidi Zakaria dari ISMA Gombak, “Ustaz Rusydi mempunyai teknik yang tersendiri dalam pengajarannya, setakat ini teknik-teknik yang beliau gunakan adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri dengan contoh-contoh yang merujuk terus kepada struktur ayat–ayat  Al-Quran. Ini menjadikan pembelajaran lebih menarik dan agak memudahkan para pelajar untuk memahami kaedah-kaedah Bahasa Arab”.

“Walaupun saya sudah sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan tentang bahasa Arab yang dipelajari semasa di sekolah menengah dahulu, namun cara pembelajaran dalam kelas ini memberi perspektif baru kepada saya tentang cara untuk mempelajari bahasa Al-Quran. Pada pendapat saya, cara pengajaran Ustaz Rusydi lebih memudahkan saya untuk memahami Al-Quran”, ujar Saudara Nazif Emran, seorang peserta dari ISMA Hulu Langat.

Categories: Uncategorized
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.