Utama > Uncategorized > Kelas Bahasa Arab

Kelas Bahasa Arab

ISMA menganjurkan Kursus Bahasa Arab bagi ahli-ahli yang belum mempunyai kemahiran membaca dan bertutur dalam Bahasa Arab. Dengan matlamat untuk memberi kemahiran kepada para ahli membaca dan memahami tulisan-tulisan dalam Bahasa Arab, kursus ini baru dimulakan dengan kumpulan pertama yang terdiri daripada 30 orang ahli dari Hulu Langat, Shah Alam, Gombak dan Seremban. Tenaga pembimbing ialah Ustaz Rusydi Alias, Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia ISMA Pusat sendiri yang berpengalaman menjalankan modul pengajian Bahasa Arab lebih 5 tahun.

ISMA benar-benar berharap dapat melahirkan golongan professional yang mampu membaca dan merujuk bahan-bahan dalam bahasa Arab yang merupakan sumber utama ilmu Islam bagi memantapkan lagi tarbiyah dan keefektifan dakwah..

Menurut Saudara Mohd Noor Azib, koordinator kursus ini, objektif utama kursus ialah untuk melahirkan golongan pelapis pimpinan ISMA yang bukan sahaja berkebolehan dalam bidang profesional masing-masing tetapi mampu mendalami ilmu-ilmu agama dengan penguasaan baik Al-Quran dan mampu merujuk bahan-bahan tarbiyah dalam Bahasa Arab.

Memandangkan ISMA mengambil sikap serius dalam aspek pentarbiyahan para ahli, mereka yang mendaftar diri dalam kursus ini dikehendaki memberi komitmen 100% dan dikehendaki menghadiri kesemua kelas selama 6 bulan. Di akhir kursus, para peserta akan dianugerahkan sijil kemahiran asas Bahasa Arab bagi yang berjaya lulus semua latihan dan ujian.

Menurut salah seorang peserta, Saudara Zuraidi Zakaria dari ISMA Gombak, “Ustaz Rusydi mempunyai teknik yang tersendiri dalam pengajarannya, setakat ini teknik-teknik yang beliau gunakan adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri dengan contoh-contoh yang merujuk terus kepada struktur ayat–ayat  Al-Quran. Ini menjadikan pembelajaran lebih menarik dan agak memudahkan para pelajar untuk memahami kaedah-kaedah Bahasa Arab”.

“Walaupun saya sudah sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan tentang bahasa Arab yang dipelajari semasa di sekolah menengah dahulu, namun cara pembelajaran dalam kelas ini memberi perspektif baru kepada saya tentang cara untuk mempelajari bahasa Al-Quran. Pada pendapat saya, cara pengajaran Ustaz Rusydi lebih memudahkan saya untuk memahami Al-Quran”, ujar Saudara Nazif Emran, seorang peserta dari ISMA Hulu Langat.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: