Testimoni

Kelas Bahasa Arab Ustaz Rusdi sangat memberikan kesan kepada diri saya kerana ia memudahkan saya untuk lebih memahami ayat-ayat al-Quran dan bahan bacaan dalam bahasa Arab. Penggunaan buku cerita “Sulaiman wa Balqis ” adalah sangat praktikal kerana kami dapat memahami bahasa Arab melalui ayat-ayat mudah di samping mendapat hiburan sepanjang kelas. Cara Ustaz Rusdi mengajar kami merujuk Kamus Bahasa Arab membolehkan kami terus berkeyakinan meneruskan pembelajaran bahasa Arab kami. Ustaz Rusdi amat berkelayakan mengajar kelas dewasa untuk bahasa Arab

Dina Talib

Paling utama adalah tenaga pengajarnya Ustaz Rusdi yang pakar dalam mengajar bahasa Arab. Ustaz Rusdi menggunakan kaedah yang sangat efektif dan memang unik serta pantas dalam mendalami bahasa Arab berbanding dengan kaedah dari kelas-kelas bahasa Arab lain yang pernah saya ikuti sebelum ini. tidak ada “homework”. Pelajar hanya perlu datang setiap minggu secara konsisten untuk memahami setiap kaedah dan perenggan cerita.

Hamba Allah

Buku cerita yang digunakan adalah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis yang merupakan kisah dalam al-Quran dan banyak menggunakan ayat Quran. Dengan kemahiran peringkat awal yang dimilki ini, saya sudah mula menafsirkan sendiri setiap perkataan, perbuatan, pelaku dan sebagainya bagi beberapa surah pilihan al-Quran serta dapat membantu anak saya dalam subjek bahasa Arab.

Raja Zainal Raja Izhar

Alhamdulillah, sinaran ilmu dalam mempelajari Kalam Ilmu ini menyakinkan saya untuk terus berusaha menerokai Kalam Allah S.W.T. terima kasih kepada Ustaz Rusdi Alias kerana membantu kami memahami bahasa syurga ini. Insya Allah.

Normah Dahlan

Saya mengikuti kelas ini untuk memahami al-Quran dengan lebih baik memandangkan saya tidak mempunyai asas bahasa Arab. Alhamdulillah, selepas mengikuti kelas ini, saya berupaya memahami dan menterjemah sedikit sebanyak kalimah al-Quran dan ia sangat membantu saya dalam penghayatan al-Quran. Pengajaran kelas ini juga sangat sesuai untuk golongan berkerjaya, tidak ‘stressful’ serta hubungan mesra antara kami dan guru mewujudkan minat untuk terus belajar.

Adibah (Guru)

Alhamdulillah, setelah saya mengikuti 30 jam kursus bahasa Arab anjuran PIBG Sekolah Hira’ Shah Alam ini, saya merasai betapa hebatnya bahasa pilihan bagi Kalam Allah! Tahniah buat Ustaz Rusdi Alias yang telah menjadi jurumudi yang memudahkan kami mendalami bahasa persuratan Kalam Ilahi.

Siti Faizah Azhari

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: